Streamer Twitch buat protes Twitch Blackout sebab isu rasis dan lain-lain

By Mike Hayate | August 25, 2021

Ramai streamer Twitch kini mengajak orang ramai untuk membuat satu hari tanpa stream di Twitch pada 1 September ini akibat terlalu banyak mendapat raid kebencian seperti rasisme dan pelbagai lagi.

Apa yang lebih teruk hal ini berlaku dari awal bulan ini lagi apabila bot-bot akan menyampaikan mesej rasisme kepada streamer di Twitch.

Bot-bot ini pula malah memilih siapa untuk diserang.

Sesiapa yang menggunakan tag POC, LGBTQ+ dan streamer yang mempunyai bangsa yang lain juga akan terkena serangan bot ini.

Bagaimanapun, Twitch masih belum membuat apa-apa pengumuman rasmi berkenaan movement ini.

Twitch sudah mengeluarkan kenyataan di Twitter pada 12 Ogos lepas namun masih belum ada perubahan.

Apa yang steamer boleh buat setakat ini hanya block atau menukarkan chat kepada mod followers-only.