Transformers dah sampai dalam Mobile Legends!

By Hazrul Md Nor | August 25, 2021

Sebelum ini, kita diberikan teaser tentang kemungkinan Moonton akan berkelobrasi dengan Transformers untuk melancarkan event terbaru mereka di dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang.

Kini, Moonton mengumumkan event terbaru mereka untuk kesemua para pemain mendapat peluang mendapatkan skin kegemaran Transformers mereka. Bermula pada hari ini sehingga 22 November, pemain akan dapat menebus skin epic dan hadiah lumayan dengan turut serta aktiviti Transformers: Battle Paint.

Para pemain boleh mengumpul sprays untuk mendapatkan ketiga-tiga epic skin ini. Teruskan bermain dan berpeluang mendapatkan banyak barang untuk ditukarkan kepada skin dan anda tidak perlu membuang setiap barang yang anda dapat kerana ianya sangat berguna untuk anda unlock skin ini.

Johnson sebagai Optimus Prime

Granger sebagai Megatron

X.Borg sebagai Bumblebee

Kemaskini ini juga akan menyediakan bingkai avatar, expressions dan efek yang akan dapat ditebus melalui aktiviti Battle Paint.

Pemain boleh mendapatkan epic skin di atas sepanjang event ini berlangsung. Bagi para peminat Transformers di luar sana, peluang ini perlu diambil oleh anda untuk mendapatkan kesemua skin ini, jangan tunggu lagi. Muat turun kemaskini terbaru untuk mendapatkannya sekarang!

Jangan lupa topup Diamonds menerusi Codashop dan dapatkan skin Transformers ini.