MPL ID: El Classico, RRQ Hoshi berjaya menewaskan EVOS Legends 2-0

By Hazrul Md Nor | August 29, 2021

El Classico antara EVOS Legends dan RRQ Hoshi sudah pasti dinantikan oleh para peminat kedua-dua pasukan. RRQ Hoshi mempunyai Alberttt manakala EVOS mempunyai Ferxiic, kedua-dua pemain muda ini sangat berbakat di dalam permainan peranti mudah alih Mobile Legends.

PERLAWANAN PERTAMA

Lancelot ternyata pilihan yang tepat untuk pasukan RRQ Hoshi, Alberttt mampu memberikan damage yang tinggi pada minit awal permainan untuk mengawal peta dan turtle. EVOS Legends pula harus menunggu Ferxiic yang bermain Granger untuk mendapatkan barang core terlebih dahulu dan mereka tidak boleh memaksa perlawanan setakat ini.

EVOS Legends berjaya mengawal keadaan selepas mereka mengejar objektif untuk mengambil Lord pada minit k1-11. Uranus mula menjadi kebal selepas barang core Antimage sudah siap. Meteor shower yang dikeluarkan Xinn ditadah oleh Antimage tanpa sebarang masalah. Lord diambil lagi pada minit ke-16 oleh pasukan EVOS Legends dan RRQ Hoshi mengalami kekalahan namun mereka masih mampu mempertahankan base.

Pertarungan yang berlaku pada minit ke-19 menyebabkan Wann terkorban dan disusuli dengan Ferxiic, Clover dan Rekt. Peluang itu terus diambil oleh pasukan RRQ Hoshi untuk menamatkan permainan. RRQ Hoshi berjaya membuat epic comeback selepas mereka ditekan pasukan EVOS Legends habis-habisan.

PERLAWANAN KEDUA

EVOS Legends bermain dengan berdisiplin pada minit awal permainan, mereka hanya menunggu RRQ Hoshi membuat kesilapan, Albertt bermain terlalu agresif dan sering ditumbangkan di dalam perlawanan. Pasukan RRQ Hoshi mengatur strategi kembali dan mereka berjaya mencuri purple buff EVOS Legends menyebabkan Ling harus bermain secara defensive.

Lord diambil dengan mudah oleh pasukan RRQ Hoshi dari minit ke-11 tanpa sebarang gangguan. Mereka terus melakukan pushing dan way of dragon R7 menjadi antara kunci kemenangan pasukan RRQ Hoshi, berjaya menangkap Antimage dan ejector yang digunakan oleh Vynnn menumbangkan Clover.