Todak langgar raja emote kali ini, kemenangan 2-0 ke atas Geek Fam

By Hazrul Md Nor | August 29, 2021

PERLAWANAN PERTAMA

Geek Fam berjaya mendapatkan Chou untuk dimainkan oleh Xorn, Hero ini sering dikunci oleh pihak lawan sebelum ini. Geek Fam mempunyai draft yang lebih kuat di peringkat awal permainan manakala Todak perlu fokus kepada farming untuk menunggu Ciku mendapatkan barang core.

Kesilapan pasukan Geek Fam semasa pertarungan di Lord Pit menyebabkan Artz dan Maima terkorban, Lord terus merusuh ke arah base pasukan Geek Fam, Maima yang cuba menghentikan Ciku di arah jungle tidak sempat untuk mempertahankan base dan Todak mengecapi kemenangan pada minit ke-12.

Gelaran MVP diberikan kepada Ajiq yang menggunakan Roger, beliau berjaya mengeluarkan damage sebanyak 2494 per minit dan banyak membantu pasukannya untuk memenangi pertarungan terakhir di Lord Pit.

PERLAWANAN KEDUA

Situasi yang sama berlaku pada perlawanan kedua ini di mana draft Todak lebih bersifat pasif pada minit awal permainan sementara Geek Fam memfokuskan damage yang tinggi dan kawalan peta yang mantap. Seperti yang dijangkakan, Geek Fam mempunyai kelebihan gold sebanyak 2 ribu pada minit ke-5.

Ciku kemudiannya berjaya mendapatkan farming yang diperlukan bagi membantu pasukannya memenangi perlawanan. Geek Fam tidak mampu untuk menahan serangan crossbow of tang dan akhirnya mereka tewas pada minit ke-12.

Ciku bertahan dan menggunakan masa untuk farming dengan cukup efisyen. Beliau mengeluarkan damage yang sangat tinggi di fasa middle game. Ciku sememangnya layak dinobatkan MVP untuk perlawanan kedua ini.

Todak kembali menduduki carta no. 1 di dalam kumpulan B selepas mereka mendapatkan momentum dan menjadi konsisten untuk memenangi perlawanan.