Naraka: Bladepoint bakal menerima versi mobile

By Taib Mohamed | September 2, 2021

NetEase, penerbit bagi permainan battle royale Naraka: Bladepoint mengumumkan akan menghasilkan permainan itu dalam versi permainan mudah alih. 

Diumumkan semasa NetEase (NTES) Q2 2021 Earning Call, ianya disahkan sendiri oleh pihak NetEase. Namun masih tiada maklumat terperinci mengenainya. Buat masa ini Naraka: Bladepoint hanya tersedia bagi pengguna PC sahaja.

Bagi yang tidak tahu, Naraka: Bladepoint ialah permainan battle royale aksi pengembaraan di mana 60 pemain akan bersaing dalam perlawanan aksi kombat yang diinspirasikan daripada Asia Timur. Hal ini menjadikan Naraka: Bladepoint sedikit berbeza berbanding permainan battle royale yang lain. 

Naraka: Bladepoint dilancarkan pada Julai tahun ini bagi pasaran China sebelum dilancarkan untuk pasaran global pada 12 Ogos.

Pada awal pelancarannya, ia mendapat sambutan yang baik di Steam. Pihak NetEase juga mengharap, dengan adanya versi mudah alih ini akan menambahkan lagi jumlah pemain yang bermain permainan ini.

Sumber: GamingonPhone