Seorang gamer membuat Butang F gergasi untuk meme internet

By Mike Hayate | September 3, 2021

Sebagai gamers kental tidak semestinya kita akan mempunyai semua grafik kad terhebat, loading yang laju malah fon kepala yang mahal-mahal.

Tiada apa yang lagi menyeronokkan dari membuat satu butang ‘F’ gergasi digelar The Big F.

Press F adalah satu meme internet yang berasal dari Call of Duty: Advanced Warfare (2014).

Di dalam permainan video itu, ada satu babak pengebumian dan secara tiba-tiba ada interaksi untuk pemain menekan butang ‘F’.

Boleh dikatakan ramai tidak menyangka perlu membuat interaksi untuk babak itu.

Betul anda tidak salah lihat, butang F yang dibuat adalah betul-betul besar dan apa yang lebih menakjubkan butang F ini sebenarnya berfungsi.

Jaryd Gieson pada mulanya mahu membuat butang ini sebagai hadiah hari jadi tetapi mahukan lebih dari itu.

Butang F itu dibuat menggunakan 3D printing dan spring yang dibuat sendiri.