Isu kekurangan cip beri kesan pada gaming hingga tahun depan – Toshiba

By Taib Mohamed | September 6, 2021

Isu kekurangan cip yang sedang berlaku akan terus memberi kesan kepada industri permainan dan dijangka tidak akan berakhir sehingga tahun depan, lapor Toshiba. 

Menurut laporan terbaru daripada Bloomberg, mengatakan Toshiba Corp, salah satu syarikat yang menghasilkan cip untuk kad grafik, konsol dan banyak lagi menyatakan kemungkinan kekurangan cip akan berlarutan sehingga penghujung 2022.

Pengarah Toshiba, Takeshi Kamebuchi memberitahu Bloomberg, “kekurangan bekalan cip akan terus berlaku sekurang-kurangnya sehingga September 2023.” Kamebuchi juga menyatakan, permintaan beberapa pelanggan Toshiba juga tidak akan dapat dipenuhi hingga 2023.

Meskipun Toshiba tidak dinyatakan siapa pelanggan itu, kemungkinan ia adalah Sony dan Microsoft, yang perlu menunggu sehingga 2023 untuk konsol PlayStation 5 dan Xbox Series X|S mereka.

Kamebuchi turut menyatakan, kekurangan bahan dan permintaan yang melebihi pengeluaran, menjadi punca Toshiba tidak boleh penuhi tempahan. Selain itu, dengan kekurangan belakan cip ini, Toshiba merancang untuk melabur $545 juta untuk melipatgandakan pengeluaran semikonduktor mereka.

Sementara itu, kesukaran untuk membeli PlayStation 5, Xbox Series X|S atau kad grafik PC baru akan berterusan.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh, sila layari SINI.