Pembikin PUBG mahu hasilkan game sandbox dunia-terbuka terbesar

By Taib Mohamed | September 6, 2021

Pembikin PUBG, Brendan ‘PlayerUnknown’ Greene, berhasrat mahu menghasilkan permainan dunia terbuka dengan gaya sandbox terbesar melalui studio barunya.

Melalui satu ciapan Twitter PlayerUnknown, ia memperlihatkan sebuah video berdurasi lima minit menampilkan Greene yang bercakap mengenai aspirasi studionya. Beliau juga menyatakan bagaimana keterujaannya dengan permainan dunia terbuka dan bagaimana beliau akan hasilkannya dalam skala yang besar.

Greene juga menyatakan, masalah terbesar dalam menghasilkan permainan dalam skala yang besar ialah, kesukaran untuk memenuhkan ruang yang ada dengan “kandungan, aset, mekanik permainan, lokasi” dan banyak lagi. 

Selain itu, studio barunya PlayerUnknown Production, sudah menghasilkan sebuah mekanik di mana ia adalah sebuah jaringan neural yang membantu beliau dan pasukannya mempelajari dan “menjana dunia terbuka realistik yang besar pada runtime atau setiap kali anda bermain.”

Dengan adanya mekanik ini, maka terhasillah Prologue, sebuah teaser mainan yang diperlihatkan pada 2019 Game Awards.

“Prologue adalah pengenalan mudah kepada iterasi awal bagi teknologi kami dan satu peluang untuk melihat pencapaian kami dengan memanfaatkan pembelajaran mesin,”

Buat masa ini, Prologue dilancarkan sebagai demo teknologi dan bukannya sebuah permainan yang sempurna. Malah Greene juga menyatakan, pemain boleh bayar untuk apa yang mereka mahukan pada demo itu. 

Buat masa ini masih tiada tarikh tetap mengenai pelancaran Prologue, dan masih belum jelas sama ada ia adalah percuma atau pemain boleh membayarnya.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.