Segala yang anda perlu tahu tentang Call of Duty: Vanguard Multiplayer

By Taib Mohamed | September 8, 2021

Rasai pengalaman menjadi Special Force di dalam permainan Call of Duty: Vanguard, dengan pelbagai kempen menarik seperti merasai pengalaman Perang Dunia Kedua (WWII), mod pelbagai pemain yang mengujakan, berperang menentang zombie dan pelancaran peta baru bagi Warzone. 

Call of Duty: Vanguard sudah dilancarkan pada 5 September.

Call of Duty Vanguard Multiplayer menawarkan 20 peta pada hari pelancaran dengan 16 peta teras. Rasai pengalaman kombat dan suasana permainan yang reaktif melalui Tactical Destruction. 

Di dalam mod ini, pemain boleh memilih tahap kesukaran permainan. Jumlah pemain juga ditentukan dengan saiz peta. Antaranya, Tactical ialah permainan klasik dengan pengalaman 6v6. Manakala Assault, rentak kombat yang seimbang dengan beta pelbagai pemain, dengan jumlah pemain di antara 20 hingga 48 pemain. Blitz pula lobi penuh aksi dengan tahap kesukaran yang paling tinggi. 

Di samping itu, mereka juga menawarkan mod permainan klasik seperti Team Deathmatch, Kill-Confirmed, Domination, Search & Destroy dan banyak lagi. Di samping itu, terdapat mod terbaharu iaitu Patrol Mode, sebuah mod yang berasaskan objektif.

Di dalam Vanguard juga terdapat mod baharu iaitu Champion Hill Mode, permainan ala kejohanan yang menawarkan pertarungan head-to-head di mana pasukan yang terakhir adalah pemenang. Pemain boleh bermain secara solo (1v1), duo (2v2) dan trio (3v3). Mod ini didatangkan dengan empat peta.

Selain itu, mereka menawarkan Gunsmith untuk menambahbaik senjata tanpa sekatan dan sistem Clan dengan kemajuan, emblems dan ganjaran yang berkaitan dengan Battle Pass. 

Bagi pengguna PC, Vanguard akan menawarkan framerate yang tiada had selain menyokong tetapan yang boleh diubah, sokongan skrin ultalebar dan berbilang skrin.

Dengan CoD Vanguard sebagai francais yang berhubung dengan Call of Duty: Black Ops Cold War Zombies, anda juga boleh berperang menghapuskan zombie.

Manakala untuk integrasi Warzone, peta baru, Pacific akan tiba pada tahun ini. Selain itu, ia juga akan didatangkan dengan sistem anti-penipuan untuk seluruh Warzone. Ia juga akan menawarkan pengalaman teknologi senjata seperti Vanguard.

Call of Duty: Vanguard akan dilancarkan secara rasmi pada 5 November 2021 di PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Battle.net.