Leixia balik kampung jaga ibu tengah sakit

By Hazrul Md Nor | September 14, 2021

Pemain Mobile Legends RSG MY, Ahmad Ali Huzaifi Abdullah Hazawi atau Leixia kini berada di kampung halaman, Terengganu bagi menjaga ibunya yang sedang sakit.

Dalam satu hantaran di Instagram, RSG MY berharap peminat terus mendoakan kesihatan ibu Leixia.

 

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

 

A post shared by RSG Malaysia (@rsg.malaysia)

Sementara itu, Pengurus RSG MY MLBB, Mohammad Zawir Zakari mengesahkan perkara itu.

“Dia balik kampung, pergi ziarah bawa mak dia untuk pemeriksaan kesihatan.

“Tapi setakat ini belum ada keputusan (jenis penyakit) daripada pemeriksaan itu,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Terdahulu, Leixia tak bermain di minggu kelima Liga Profesional MLBB (MPL MY) Musim Kelapan di mana Adib (Mom) menggantikan posisinya.

Dia juga ada memuat naik hantaran di IG Story sebelum minggu kelima itu, menunjukkan dirinya membawa beg dan menaiki bas namun tidak dinyatakan hala tuju.

Kami dari MyGameOn mengharapkan yang terbaik buat Leixia sekeluarga dan moga ibunya sembuh dengan kadar segera, Insya-Allah.