Seorang pemain China menyaman miHoYo untuk interaksi karakter Raiden dan Beidou

By Mike Hayate | September 15, 2021

Seorang pemain dari China yang juga pemain Genshin Impact baru-baru ini menyaman miHoYo bagi membolehkan karakter Raiden Shogun dan Beidou berinteraksi melalui Ultimate mereka.

Beberapa maklumat ini juga sudah dikongsi di Reddit r/RaidenMains.

https://preview.redd.it/r08z3ent7mn71.jpg?width=640&format=pjpg&auto=webp&s=9bee52a74a82e509339236c39dbc97cbfeff9881

Saman ini dibuat dan dihantar ke Mahkamah Shanghai.

Sebelum keluarnya Raiden, miHoYo seolah-olah sudah nerf interaksi Ultimate Beidou dan Raiden untuk tidak berlaku dan membuat ramai pemain-pemain lain marah.

Apa yang lebih mengejutkan interaksi ini berlaku semasa percubaan beta tetapi ditukarkan oleh miHoYo apabila dilancarkan ke live server.

Pemain itu sebelum ini sudah membuat beberapa kenyataan di Hoyolab, satu laman forum untuk miHoYo dan bercakap mengenai interaksi Ultimate Raiden dan Beidou yang dibuang.

MiHoYo pula sebaliknya dari membenarkan interaksi ini, mereka menukarkan ayat untuk kuasa Ultimate Raiden dan memberitahu hal ini adalah seperti yang dijangkakan.

Komuniti China Genshin Impact boleh dikatakan banyak menjadi suara besar dan kes seperti ini telah berlaku dengan Zhongli dan miHoYo mengikut ramai pemain.

Tetapi kali ini miHoYo tidak mahu mengikut maklum balas dari pemain-pemain Genshin Impact.

Ramai pemain juga disyorkan untuk menghantar surat aduan dan surat cadangan kepada miHoYo bagi membaiki interaksi ini.

Dengan elemen Electro (elektrik) di dalam Genshin Impact yang tidak mendapat tempat akibat tidak terlalu berguna untuk beberapa situasi membuatkan lebih ramai orang tidak berpuas hati.