Leixia main tak minggu ini?

By Hazrul Md Nor | September 17, 2021

Baru-baru ini kita dikhabarkan dengan berita Leixia pulang ke kampung halaman di Terengganu bagi membawa ibunya yang sedang sakit untuk pemeriksaan kesihatan.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by RSG Malaysia (@rsg.malaysia)

Oleh kerana perkara itu, beliau tidak bermain di minggu kelima dan Mom dibawa masuk oleh RSG Malaysia untuk menggantikan tempatnya sebagai jungler.

Keputusan perlawanan di minggu kelima agak merosot untuk pasukan RSG, mereka tewas di tangan EBLZ 1-2 dan pasukan SMG 0-2.

Namun, mereka masih menduduki tempat ketiga di dalam kumpulan A. 

Leixia pula sudah mula membuat penstriman langsung 12 jam yang lalu dan bermain Mobile Legends, kemungkinan besar Leixia akan bermain pada minggu ini?

Penulis berharap ibu Leixia berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan dipermudahkan urusan. RSG Malaysia akan menentang pasukan Homebois pada perlawanan pertama hari ini. 

Persoalan sama ada Leixia bermain atau tidak akan terjawab pada pukul 3 petang ini. Nantikan!