Mengapa X.Borg menjadi hero meta terkini? inilah jawapannya

By Hazrul Md Nor | September 22, 2021

X.Borg adalah salah satu hero fighter terkuat di dalam meta permainan peranti mudah alih popular, Mobile Legends.

Meskipun menerima nerf pada kemaskini terbaru 1.6.10, ia masih mampu memberikan damage yang tinggi oleh kerana Moonton hanya mengurangkan kadar energy yang dipulih kembali dari 15 menjadi 10 ketika X.Borg mengutip Firaga Supply.

Di dalam kemaskini 1.5.88 terdahulu, X.Borg menerima buff base damage dan damage to minions yang memberikan ia kekuatan untuk dimainkan di exp lane atau jungler. Ditambah baik dengan barang terbaru war axe, X.Borg menjadi hero yang tidak terkalah di laning stage. Ia mempunyai daya pertahanan yang kuat dari Firaga Armor dan masih mampu bertahan di laning stage selepas mengutip Firaga Supply.

Pasif yang diterima dari War Axe, Berserk memberikan penambahan kekuatan dan kelajuan pergerakan ketika menggunakan kemahiran fire missiles. Kombo ini terlalu kuat sehingga hero ini dikenakan ban oleh pemain di rank Mythic. Last Insanity meskipun dikurangkan fire damage namun ia masih memberikan damage yang tinggi dan memperlahankan gerakan musuh. Ia juga boleh digunakan untuk menumbangkan musuh dengan cepat, anda hanya perlu menekan button ultimate sekali lagi bagi mengaktifkan letupan Last Insanity.

Kita dapat lihat kekuatan X.Borg sewaktu MPL Indonesia berlangsung, banyak pasukan yang mencuba hero ini dan winning rate X.Borg di dalam liga MPL sangat tinggi. Jika anda masih belum pernah menggunakan X.Borg di dalam ranked, inilah masanya untuk menggunakan Combo War Axe dan X.Borg bagi menghancurkan musuh.  

Sumber: mobile-legends.fandom

Foto: Makinig, Deviantart