Kemaskini VALORANT 3.06 menggegarkan meta, Jett dikenakan nerf

By syazwanbahri | September 22, 2021

Valorant menerima kemas kini 3.06 hari ini bersaiz 1.4GB yang sudah boleh dimuat turun. Pelbagai peta serta Agent menerima perubahan drastik kali ini yang mampu menggoncang meta yang sedia ada. Namun, perubahan yang diimplementasi ini juga memberikan sedikit ruang dan peluang untuk pemain membangunkan strategi baru disebalik Agent-Agent ini. 

Peta

Antara perubahan yang paling ketara yang dapat dilihat ialah ‘Radianite Box’ di sekitar tapak bom yang sudah diubah menjadi kotak besi yang tidak boleh ditembusi peluru senjata.

Kotak-kotak yang berwarna hijau ini mampu ditembusi (wallbang) oleh sesetengah senjata seperti Vandal dan Odin dan akan memberikan damage penuh kepada musuh. Disebabkan ini, tapak bom menjadi kurang selamat dan memberi tahap cabaran yang tinggi kepada pihak Attackers untuk memasang Spike.

Perubahan Agent

Beberapa Agent menerima perubahan agar menjadikan mereka lebih relevan untuk digunakan dalam meta terkini. Berikut antara perubahan yang diperkenalkan:

Skye

V_AGENTS_587x900_ALL_Skye_Banner.png

Guiding Light (E)
Masa meyimpan setelah mengguna atau melengkungkan projektil Guiding Light ditingkatkan ke 5 .75
Jarak masa antara pengaktifan dan sebelum projektil meletup ditingkatkan 0.25 -> 0.3

Seekers (X)
Kos ditingkatkan 6 -> 7

KAY/O

KAYO.png

FLASH / drive (Q)
Tempoh telegraf berkurang dari 0.5s -> 0.3s
Tempoh telegraf dikurangkan pada Klik Kanan dari 1s ->  0.3s
Audio yang terpasang pada projektil dalam penerbangan sudah dimansuhkan

NULL / cmd (X)
Tidak dinyahaktifkan setelah ditewaskan

Jett

jett-banner.png

Cloudburst (C)
Jumlah dikurangkan 3 -> 2

Bladestorm (X)
Klik kanan / Alternate Fire tidak lagi mengisi semula kunai Jett

Perubahan yang diterima oleh Agent-Agent ini sama sekali mengubah corak permainan yang dilihat kebelakangan ini. Sebagai contoh, pemain Jett yang berkemahiran tinggi seringkali dilihat menggunakan klik kanan atau alternate fire sewaktu melawan sejumlah musuh ketika Ultimate nya diaktifkan. Kini, siling kemahiran Jett ditingkatkan kerana pemain perlu menumpaskan musuh menggunakan klik kiri yang perlu dibidik di kepala musuh untuk dikembalikan kunainya.

Manakala, Skye yang sebelum ini mampu berlawan 1v1 dengan musuh selepas menggunakan Guiding Light nya mungkin akan mengalami sedikit cabaran setelah perubahan ini diterapkan.

KAY/O pula menjadi lebih relevan sebagai watak Initator kerana kebolehan beliau untuk menjamin ruang kepada pasukan dengan kebolehan flash yang lebih fleksibel. Kebolehan Ultimatenya juga akan membuka ruang untuk pasukannya masuk ke tapak bom dengan lebih selamat walaupun jika KAY/O sudah ditumpaskan. 

Perubahan drastik ini adalah harus untuk memastikan meta permainan sentiasa segar dan tidak ‘basi’ setelah begitu lama tanpa perubahan.