Masalah stuttering Deathloop diatasi melalui kemaskini terbaru

By Taib Mohamed | September 22, 2021

Deathloop menerima kemaskini untuk membaiki isu stuttering yang dihadapi oleh pemain versi PC.

Melalui patch note kemaskini terbaru itu juga ada mengemukakan potensi isu stutter yang berlaku apabila menggerakkan kamera menggunakan tetikus, selain menyatakan pembangun sedang berusaha untuk membaiki isu stuttering pada kadar bingkai tinggi.

Masalah ini sudah belaku bagi versi PC sejak permainan ini dilancarkan pada 14 September lalu. Ramai yang menyalahkan perisian anti-piracy Denuvo di dalam permainan. Namun, pencuba permainan menyatakan ianya diakibatkan oleh kadar bingkai permainan.

Deathloop kini tersedia di PlayStation 5 dan PC dengan sokongan Nvidia Reflex yang membantu untuk memberikan input yang lebih baik. 

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI