Ikea x ROG bakal dilancarkan di Malaysia pada November

By syazwanbahri | September 22, 2021

Siapa sahaja tidak mengenali barisan produk perabot IKEA yang seringkali dikatakan sebagai produk yang selesa dan berstatus premium. Produk IKEA juga tampak begitu neutral dan tidak mencolok mata dengan rekaan yang melampau.

Oleh itu, ia menjadi pilihan ramai untuk menghias kediaman masing-masing. Kini, IKEA berkerjasama dengan Asus Republic of Gamers (Asus ROG) untuk membawa perabot bertema gaming bagi pasaran Malaysia.

Antara produk yang akan dilancarkan di bawah gandingan dua jenama gergasi ini ialah:

  1. Meja UPPSPEL
  2. Meja UTESPELARE
  3. Meja GRUPSEL
  4. Pad tetikus LANESPELARE
  5. Kerusi MATCHSPEL
  6. Kerusi HUVUDSPELARE

HUVUDSPELARE - kursi gaming, hitam | IKEA Indonesia - PE840417_S5

Pada waktu ini, belum disahkan jika produk-produk yang disenaraikan ini akan dimasukkan ke pasaran Malaysia, tetapi terdapat lebih dari 30 produk yang tersenarai dari kolaborasi di pasaran global.

Walaupun belum ada pengumuman rasmi dari Asus Malaysia atau IKEA, barisan produk kerjasama antara IKEA dan Asus ROG ini dijangkakan akan dilancarkan pada awal November dan boleh didapati di cawangan IKEA berdekatan seperti IKEA Damansara, IKEA Cheras, IKEA Batu Kawan dan juga IKEA Tebrau.