Acara Operation Riptide CSGO membawa pelbagai perubahan ketara

By syazwanbahri | September 24, 2021

Sudah tiba masanya untuk Counter-Strike Global Offensive dan Valve mengeluarkan acara baru iaitu Opertaion Riptide! Kemaskini untuk permainan penembak yang popular bukan sahaja merangkumi operasi baru tetapi juga sejumlah perubahan yang akan mempengaruhi permainan umum.



Operation Riptide dilengkapi dengan item dan bonus yang pemain boleh harapkan dari sebuah acara seperti peta baru, misi baru dan mod permainan baru. Dengan harga RM62 , Operation Riptide Pass menawarkan misi untuk mendapatkan ganjaran seperti ejen baru, koleksi senjata, pelekat dan lain-lain.

Peta

Peta County sudah ditambahkan ke mod Danger Zone, manakala Basalt dan Insertion II sudah ditambahkan ke Competitive, Casual dan Deathmatch, sementara Ravine dan Extraction sudah ditambahkan ke Wingman.

Peta yang ada juga menerima perubahan, dengan Dust2 menjadi penerima perubahan yang paling ketara. Keterlihatan (visibility) ‘Double Door’ dari T spawn hingga pertengahan diubah, memberikan CT peluang yang lebih baik untuk menyeberang ke B tanpa cedera. Keterlihatan ke laman belakang B dari terowong atas juga ditingkatkan, jadi tidak ada lagi musuh yang keliru dengan kotak.

Walaupun perubahannya kecil, tetapi agak sukar untuk pemain perasan perubahan yang penting ini.



Inferno pula menerima perubahan di bahagian atas gerbang ‘Banana’ kini menjadi objek legap dan peta menerima keseluruhan perbaikan pepijat serta susun atur 1v1 yang disemak semula.

Terakhir, zon bom di Ancient di kedua-dua lokasi bom kini lebih besar, dan Valve juga menetapkan penembusan peluru di permukaan papan lapis. Ancient juga menerima arena 1v1 sendiri, menjadikannya sejajar dengan kebanyakan peta kompetitif lain.

Mod Permainan

‘Private Matchmaking’ yang ditunggu-tunggu akhirnya diperkenalkan ke CSGO. Dengan ciri baru ini, sekumpulan rakan atau seluruh Steam Group dapat bergabung dalam barisan peribadi dan bermain antara satu sama lain.

Mereka yang ingin bermain mod kompetitif tetapi tidak mahu melakukan permainan selama satu jam setengah boleh memilih untuk masuk ke mod Short Competitive, yang memotong pusingan hampir separuh dari 30 hingga 16.

Peminat Deathmatch juga mempunyai pilihan untuk memainkan Classic Deathmatch , Team Deathmatch (pasukan yang mendapat skor 100 akan menang) dan Free-For-All Deathmatch.

Demolition and Arms Race juga mendapat sedikit perubahan dengan kedua mod permainan tersebut menerima penambahbaikan senjata dalam mod.

Demolition sudah dikurangkan pusingan maksimum menjadi 10 sahaja dan waktu pusingan umum dikurangkan, dan pertukaran pasukan separuh masa dimansuhkan. Di Arms Race, pemain kini akan mendapat ‘health shot’ selepas menumpaskan tiga lawan.

Perubahan Permainan

Antara perubahan ketara dalam permainan adalah damage Desert Eagle sudah dikurangkan sementara damage M4A1-S sudah ditingkatkan.

Ini bermaksud bahawa M4A1-S menjadi pilihan yang lebih sesuai untuk CT, sementara peminat Desert Eagle harus mengasah bidikan mereka atau mencari alternatif untuk senjata itu.

Alternatif itu mungkin Dual Elites, yang harganya sudah dikurangkan menjadi $300 untuk memberi alasan lebih kepada pemain untuk menggunakannya.

Rakan sepasukan juga boleh membelikan alat utiliti seperti Smoke Grenade dan sebagainya untuk rakan-rakan lain.

Penglihatan selepas kematian sudah dikurangkan dari 3.0 saat menjadi 2.0 saat untuk kematian biasa dan dari 1.0 saat ke 0.5 saat untuk kematian akibat headshot.