Riot mengacah Agent baru serta mendedahkan rancangan masa depan untuk Agent lain

By syazwanbahri | September 28, 2021

Seperti yang peminat dan pemain VALORANT ketahui, VALORANT Champions Tour (VCT) 2021: Stage 3 Masters – Berlin sudah tamat dan dijuarai oleh Gambit Esports dari Russia. Pemain juga menerima kemaskini terbaru dalam kemaskini 3.06.

Sehubungan itu, Riot Games terus meneliti perlawanan-perlawanan yang berlangsung semasa VCT 2021 agar mendapat pandangan untuk terus menambah baik VALORANT buat masa yang akan datang. 

Keberkesanan Kemahiran (Ability)

Buat masa ini, Riot Games sedang meneliti beberapa aspek permainan yang akan diketengahkan dalam kemaskini pada suatu masa akan datang.

  1. Kekerapan pemain memegang sudut atau angle selepas kemahiran seperti flash digunakan.
  2. Jumlah nilai damage dikenakan kepada pihak lawan selepas kemahiran seperti fragile dikenakan.

Daripada dua aspek ini, Riot Games mampu memahami corak permainan serta kaedah penggunaan sesuatu Agent dengan lebih mendalam agar dapat mengimbangkan permainan dan peta pada masa akan datang.

Yoru

Yoru antara watak berperanan Duelist yang kurang digunakan walaupun menerima pelbagai buff pada beberapa kemaskini yang lalu. Ini mungkin kerana set kemahiran beliau yang agak sukar digunakan secara efisyen serta pilihan Duelist lain yang lebih relevan pada meta terkini.

Riot mengesahkan Yoru sedang dikaji untuk penambahbaikan terhadap set kemahiran beliau,

Agent Baru

Riot juga mengacah Agent yang bakal hadir ke VALORANT, menjadikan beliau Agent ke-16 yang akan sertai barisan Agent VALORANT yang sedia ada. 

Imej dibawah ini mengacah Agent baru yang mungkin dikenali sebagai ‘Deadeye‘.  Agent ini akan memainkan peranan Sentinel dan set kemahiran beliau akan memfokuskan kemahiran mekanikal seperti Jett dengan fokus tambahan permainan senjata seakan-akan Reyna.

Selain itu, peminat juga mengatakan set kemahiran beliau sebagai lawan kepada Sova. Namun, teori ini tidak berasas.

Sebagai info tambahan, Deadeye ini berasal dari Perancis seperti yang dilihat di video trailer Fracture di bawah:

Beliau juga sebenarnya sudah lama diperhati oleh peminat dan pemain. Imej di bawah dijumpai pada bulan Jun oleh peminat.

Image

Imej dari @Cynprel

Peminat juga hadir dengan pelbagai cara untuk melihat visual seni Agent Deadeye ini.

Kami juga tidak sabar untuk melihat Agent baru ini serta apa yang beliau mampu membawa ke VALORANT.