RRQ R7 menjelaskan kekuatan dan kelemahan Paquito

By Hazrul Md Nor | September 28, 2021

Paquito adalah satu hero fighter yang sangat popular ketika ini dan sering digunakan di MPL untuk bermain di EXP lane. Kekuatan burst damage yang dikeluarkannya sangat tinggi dan mampu melenyapkan musuh dalam sekelip mata.

Selain itu, ia mempunyai CC (Crowd Control) dengan knockout strike yang mampu melambungkan musuh ke udara dan memberikan damage yang tinggi. Apa yang menariknya adalah pasif Paquito, champ stance.

Ia akan membina stack sebanyak 3 kali dan akan meningkatkan kekuatan kemahirannya apabila stack itu sudah maksimum. Ditambah lagi dengan kemahirannya akan dapat digunakan sekali lagi tanpa cool down, Paquito mampu burst musuh dengan sangat pantas.

Ramai pemain yang sangat hebat menggunakan hero ini di dalam arena MPL sehinggakan ia beberapa kali membawa kemenangan kepada pasukan di fasa awal dan pertengahan permainan.

RRQ Hoshi, R7 turut menjelaskan kekuatan Paquito ketika ini, beliau berkata “Paquito itu hero yang imbalance di fasa awal sehingga pertengahan permainan.”

“Akan tetapi di late game, ia akan mengalami kesukaran. Kerana di late game, banyak hero yang lebih baik dari Paquito. Banyak hero yang mempunyai kemahiran untuk melarikan diri dari di kombo olehnya,” ujar beliau di dalam satu temuramah media.

Sumber: ONE Esports