Alberttt tidak selesa bermain “Tank Jungler”

By Hazrul Md Nor | September 28, 2021

RRQ Hoshi, juara tiga kali MPL ini sering digelar raja segala raja oleh netizen dari Indonesia. Mereka pada saat awal bermain dengan tidak begitu baik di MPL Indonesia musim kelapan.

Namun begitu, mereka mula menunjukkan peningkatan selepas mendapat momentum yang diperlukan. Mereka kini berada di kedudukan pertama liga. Pencapaian ini disebabkan oleh salah seorang pemain muda mereka, Alberttt.

Alberttt sering dibandingkan dengan bocah ajaib dari EVOS Legends iaitu Ferxiic. Kedua-dua pemain ini sentiasa menunjukkan prestasi yang baik di dalam pasukan.

Seiring dengan perubahan meta jungler terkini, ramai pemain yang sudah membawa masuk jungler tanker untuk dimainkan menentang pasukan lawan. Selain itu, Ferxiic sendiri pernah memainkan meta ini baru-baru ini. Ia menunjukkan meta ini kini menjadi relevan di dalam MPL Indonesia.

Akan tetapi, Alberttt masih tidak selesa untuk membawa meta ini di dalam perlawanan. Menurut beliau “Bermain fighter (jungler) masih okay tapi kalau bermain tank jungler itu sesuatu yang tidak selesa bagi saya. Saya masih memperbaiki cara bermain marksman atau assassin.

“Kebetulan saya juga tidak diminta untuk bermain sebagai tank jungler. Saya ada juga cuba untuk bermain hero atau fighter jungler di rank, usaha dari saya sendiri,” ujarnya.

Sumber: ONE Esports