RRQ Thailand melepaskan kesemua roster PUBG Mobile mereka

By Hazrul Md Nor | October 1, 2021

RRQ Thailand kini mengumumkan mereka sudah melepaskan kesemua ahli pasukan bagi divisi PUBG Mobile. Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran laman sosial rasmi Instagram mereka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team RRQ (@teamrrq)

Mereka adalah Jcz sebagai IGL, Justdoit, Xyza, 9Noizz dan Rush9. Keputusan itu dibuat selepas diambil kira faktor prestasi mereka yang merosot dan kontrak mereka sudah hampir tamat.

Selain itu, perkara itu dipersetujui selepas peraturan dikeluarkan oleh PUBG Mobile bahawa dua pasukan profesional di bawah satu organisasi tidak dibenarkan di dalam arena kompetitif.

Terdahulu RRQ Athena (Thailand) melepaskan empat pemain PUBG Mobile mereka. Barisan pemain itu adalah salah satu pemain-pemain terbaik dunia akan tetapi keputusan mereka di PMGC di kedudukan ke-11 tidak begitu memberasangkan.

Empat orang pemain itu kemudiannya menyertai pasukan BaconTime dan hanya tinggal G9 sahaja yang menandatangani kontrak baru bersama RRQ Thailand tidak lama selepas itu.

Foto: RRQ Thailand