Spesifikasi PC untuk Forza Horizon didedahkan

By Taib Mohamed | October 1, 2021

Playground Games mengumumkan beberapa perincian mengenai Forza Horizon bagi versi PC, termasuk sistem yang diperlukan untuk setup AMD dan Nvidia.

Melalui laman Forza, pembangun menyatakan mereka mahu memastikan semua orang dapat merasai pengalaman terbaik melalui Forza Horizon 5 dengan pemandangan Mexico yang mengagumkan.

Demi memberikan pengalaman yang terbaik, Playground Games mengemaskini spesifikasi minimum bagi Forza Horizon. 

Bagi spesifikasi minimum, pemain yang menggunakan kad grafik seperti Radeon RTX 470 atau Nvidia GTX 970 secara teorinya boleh menjalankan permainan ini, walaupun Playground mencadangkan RX 470 dan GTX 970 untuk pengalaman terbaik. 

Di dalam permainan, pemain juga akan mendapat akses tetapan yang pelbagai apabila Horizon 5 dilancarkan, antaranya sokongan HDR, tetapan grafik 4K dan kebolehan untuk nyahkunci kadar bingkai permainan. 

Forza Horizon 5 versi PC juga menyokong sokongan paparan ultralebar 21:9 dan menyokong stering daripada Logitech, Thrustmaster dan Fanatec. Selain itu, ia juga akan menyokong tindakbalas haptik bagi Xbox Wireless Controller bagi semua versi Forza Horizon 5 termasuk edisi Steam.

Forza Horizon 5 akan dilancarkan pada 11 November di PC dan Xbox.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.