Sekaiichi kini menjadi pengulas sukan Astro Arena

By syazwanbahri | October 1, 2021

Aiman Roshizam kini menggalas tanggungjawab sebagai pengulas sukan Astro Arena.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Sekaiichi tidak asing lagi dalam dunia e-sukan sebagai seorang pengulas e-sukan FIFA. Beliau juga pernah menjadi pengulas dan penemu bual untuk peringkat zon pada kejohanan Piala Dunia Kelab eFIFA. Selain itu, beliau juga aktif dalam dunia permainan esukan seperti COD dan PES.

Tidak perlu dikatakan, beliau sememangnya pakar dalam bidang mengulas biarpun ia e-sukan bola sepak ataupun sukan padang.

Sekaiichi memulakan kerjaya beliau mengulas esukan pada tahun 2015. Menurutnya, beliau mendapat ilham untuk menjadi seorang pengulas setelah kerap menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris. 

Sejak itu, beliau berusaha menempa nama di dunia esukan dengan menjadi pemain pro FIFA Online 3, FIFA kasual serta menjadi pengulas FIFA, PES dan CODM sepenuh masa yang juga membuat pelbagai penampilan dalam acara bola sepak dan futsal serta Liga Perdana Futsal Malaysia.

Beliau juga sering stream permainan FIFA di laman Facebook Gaming dan amat mesra bersama penontonnya. Aiman juga seringkali dijemput untuk memeriahkan acara e-sukan besar seperti FIFA 20 Super League, Call of Duty Garena Invitational 2021, dan lain-lain lagi.

Aiman juga pernah menyatakan sewaktu masih menjalankan pengajian di YPC International College bahawa beliau mengimpikan untuk pengulas sepenuh masa bagi rangkaian televisyen berbayar apabila tamat pengajian nanti. Nampaknya impian beliau menjadi kenyataan.

Kami mengucapkan yang terbaik bagi Aiman Roshizam dalam kerjaya pengulas beliau di Astro Arena.

Foto: Sekaiichi/Faecbook