Panduan Karakter Sylveon – Pokemon Unite Mobile/Switch

By Mike Hayate | October 6, 2021

Sylveon adalah karakter attacker assasin baru untuk Pokemon Unite.

Pokemon jenis Fairy ini mempunyai skill untuk mengenakan serangan secara konsisten.

Anda boleh membeli Sylveon License di Unite Battle Committee Shop untuk 10,000 Aeos Coins atau 575 Aeos Gems. 

Adaptability – Skill Pasif Sylveon

Adaptability Pokémon Unite Ability Icon

Setiap kali Eevee menyerang Sp. Attack akan meningkat sebanyak 5% dan boleh ditambah stack sebanyak empat kali.

Setiap kali Sylveon menyerang, dia akan mendapat Sp.Atk dan Sp. Defense sebanyak 2.5% selama 1.5s dan boleh ditambah stack sebanyak enam kali membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 15%.

Skill-Skill Eevee dan Sylveon

Swift

Anda akan bermula permainan sebagai Eevee dan akan bertukar kepada Sylveon pada level 4.

Eevee mempunyai skill Swift yang akan memberikan serangan empat bintang.

Swift Pokémon Unite Ability Screenshot

Pilihan skill selepas Swift:

Anda boleh memilih dua skill selepas Swift iaitu Mystical Fire atau Hyper Voice.

Mystical Fire

Mystical Fire Pokémon Unite Ability Screenshot

Sylveon akan melonjak ke hadapan dan Mystical Fire akan mengeluarkan empat api kecil yang akan menembak secara automatik ke pihak musuh berdekatan.

Apabila mencecah level 10, api yang dikeluarkan akan menjadi lima.

Skill ini membuat permainan Sylveon sangat agresif apabila dicampurkan dengan pasif yang ada.

Hyper Voice

Hyper Voice Pokémon Unite Ability Screenshot

Hyper Voice adalah skill yang mengeluarkan beberapa gelombang suara ke pihak musuh.

Lebih jauh musuh itu lebih tinggi damage yang akan dikenakan.

Skill ini juga akan mengurangkan Sp.Defense pihak lawan sebanyak 50.

Apabila level 10, skill ini akan menambah lagi satu gelombang suara.

Hyper Voice mempunyai damage yang sangat tinggi apabila ramai musuh berada di penghujung gelombang suara.

Namun anda perlu berhati-hati kerana skill ini menyebabkan karakter anda menyerang satu arah sahaja dan sangat mudah untuk dielak oleh pemain yang handal.

Skill kedua Eevee – Baby Doll Eyes

Baby Doll Eyes Pokémon Unite Ability Screenshot

Skill ini akan mengenakan damage ke pihak lawan dan mengurangkan serangan mereka sesuai untuk fasa awal permainan.

Pilihan skill selepas Baby Doll Eyes:

Draining Kiss

Draining Kiss Pokémon Unite Ability Screenshot

Sylveon akan mengenakan ciuman yang akan berbolak-balik di antara musuh dan Sylveon.

Musuh akan dikenakan damage bergerak lebih perlahan.

Draining Kiss yang berpatah-balik mengena Sylveon akan memberi sedikit HP.

Skill ini sesuai untuk menjadi kombo dengan Mystical Fire kerana anda akan sentiasa bergerak rapat dengan pihak musuh.

Calm Mind

Calm Mind Pokémon Unite Ability Screenshot

Sylveon akan memberi fokus dan menaikkan kelajuan diri sendiri, Sp. Attack sebanyak 40% dan Sp. Defense sebanyak 10%.

Apabila mencapai level 12, skill ini boleh digunakan sebagai counter untuk menghalang satu serangan dari pihak musuh dan Sylveon akan mendapat perisai.

Calm Mind jika digunakan pada masa yang tepat mampu untuk menghalang hampir semua jenis serangan yang ada dari pihak musuh.

Calm Mind mampu digunakan sebagai kombo dengan Hyper Voice dan Mystical Fire.

Anda cuma perlu menekan Calm Mind untuk mendapat buff dan terus menyerang dengan skill yang ada.

Unite Move

Fairy Frolic

Fairy Frolic Pokémon Unite Move

Fairy Frolic adalah skill Unite Move Sylveon.

Anda akan melompat ke udara dan apabila Sylveon mendarat akan membuat damage dalam AoE besar dan memulihkan HP. Selama 10 saat selepas itu 50% dari damage yang dibuat oleh Sylveon akan ditukarkan kepada HP.

Fairy Frolic boleh digunakan sebagai Unite Move untuk berlari dan juga digunakan semasa nyawa sudah rendah.

Unite Move ini dapat mengubah satu perlawanan pasukan ke pihak sendiri.

Held Item Terbaik untuk Sylveon

Choice Specs

Pokemon UNITE Held Item

Choice Specs sangat sesuai untuk Sylveon kerana Special Attack Sylveon yang sangat tinggi.

Wise Glasses

Sama seperti Choice Specs, Wise Glasses akan meningkatkan lagi Sp.Atk Sylveon sekaligus memberi lebih banyak damage.

Buddy Barrier

Seperti biasa Buddy Barrier terlalu bagus untuk semua Pokemon yang ada.

Ditambah dengan perisai dari Unite Move Sylveon sangat sesuai untuk memastikan Sylveon anda tidak mudah mati.

Anda juga boleh menggunakan Energy Amplifier untuk mendapatkan Unite Move dengan cepat.

Konklusi

Sylveon boleh dikatakan sangat balance.  Tidak terlalu overpowered malah tidak lemah.

Anda pasti akan suka dengan cara bermain Sylveon jika anda sukakan pemainan yang pantas yang penuh dengan penggunaan skill.

Namun Sylveon boleh dikatakan tidak sekeras yang disangka dan boleh dikatakan sebagai glass cannon.

Anda perlu berhati-hati dengan Pokemon yang mempunyai banyak mobiliti seperti Zeraora, Lucario dan Talonflame.

Akibat dikeluarkan dalam waktu masih awal, Sylveon setakat ini masih dalam fasa ekperimentasi.

Berkemungkinan besar Sylveon diletakkan di dalam Tier A sebagai antara attacker terbaik.