Pecahan kumpulan pasukan TI10 akhirnya didedahkan

By syazwanbahri | October 7, 2021

Maklumat mengenai peringkat kumpulan The International 10 (TI10) akhirnya mula tersedia. Peringkat kumpulan akan bermula pada hari ini dan berlangsung selama 4 hari hingga 10 Oktober.

Valve akhirnya mendedahkan dua kumpulan yang akan bertanding dalam pusingan robin BO2 untuk menentukan kedudukan di playoff untuk TI10.

Sebanyak 18 pasukan yang mengambil bahagian dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Setiap kumpulan terdiri daripada sembilan pasukan. Pada akhir peringkat kumpulan, dua pasukan akan tersingkir, meninggalkan 16 pasukan untuk mara ke Acara Utama TI10 yang bermula pada 12 Oktober.

Kumpulan A terdiri daripada:

  • Alliance
  • Team Aster
  • Evil Geniuses
  • Invictus Gaming
  • OG
  • T1
  • Thunder Predator
  • Team Undying
  • Virtus.pro

Kumpulan B terdiri daripada:

  • Beastcoast
  • Elephant
  • Fnatic
  • PSG.LGD
  • Quincy Crew
  • SG esports
  • Team Secret
  • Team Spirit
  • Vici Gaming

Pengumuman ini mendapat sambutan yang agak positif dari peminat Dota 2 yang nampaknya setuju bahawa kedua-dua kumpulan seimbang dan akan memberi perlawanan yang baik untuk ditonton.

Empat pasukan teratas dari setiap kumpulan akan memulakan playoff di braket atas sementara pasukan yang berada di kedudukan ke-5 hingga ke-8 akan menuju ke braket bawah. Pasukan yang berada di kedudukan terbawah dari setiap kumpulan akan tersingkir sebelum playoff.

Format TI10

Format untuk 7-17 Oktober:

  • Peringkat kumpulan round-robin tunggal
  • Perlawanan Best of 2
  • Empat pasukan teratas dalam setiap kumpulan layak ke braket atas playoff
  • Pasukan kedudukan ke-5 hingga ke-8 dalam setiap kumpulan mendapat braket bawah di playoff
  • Pasukan terbawah dalam setiap kumpulan tersingkir

Kumpulan Hadiah

Kumpulan wang hadiah sebanyak AS$ 40,018,195 (RM 167,456,136) akan dibahagikan seperti berikut

  • Tempat pertama: AS$ 18,208,300 (RM 76,192,631)
  • Tempat ke-2: AS$ 5,202,400 (RM 21,769,442)
  • Tempat ke-3: AS$ 3,601,600 (RM 15,070,895)
  • Tempat ke-4: AS$ 2,401,100 (RM 10,047,402)
  • Tempat ke-5 & ke-6: AS$ 1,400,600 (RM 5,860,810)
  • Tempat ke-7 & ke-8: AS$ 1,000,500 (RM 4,186,592)
  • Tempat ke-9 hingga ke-12: AS$ 800,400 (RM 3,349,273)
  • Tempat ke-13 hingga ke-16: AS$ 600,300 (RM 2,511,955)
  • Tempat ke-17 hingga ke-18: AS$ 100,000 (RM 418,450)

Di Mana Nak Tonton?

Anda boleh mendapatkan maklumat dan pautan saluran untuk TI10 termasuk siaran Bahasa Malaysia di sini.