ForZe membubarkan pasukan VALORANT mereka

By Taib Mohamed | October 8, 2021

Selepas tewas di persaingan untuk mendapatkan tempat di EMEA Last Chance Qualifier pada September lalu, organisasi esukan daripada Russia itu membuat keputusan untuk menutup bahagian VALORANT buat sementara waktu.

Keputusan ini dibuat selepas One Breath Gaming, sebuah organisasi e-sukan Britain yang berpangkalan Russia membeli tiga pemain forZe selain mengambil kedudukan forZe di Last Chance Qualifier. 

Sebelum ini, forZe, pasukan yang cukup dikenali di dalam komuniti Counter-Strike itu mula menubuhkan barisan roster VALORANT mereka sejak Mei 2020. Mereka juga pernah menang menentang Team Singularity di First Strike CIS pada Disember 2020 sebelum menjadi juara CIS VCT Stage Three Challenger Two pada Julai. 

Namun, mereka terlepas peluang untuk mendapatkan tempat ke VCT Masters Berlin selepas mendapat tempat ke-8 di EMEA Stage Three Challenger Playoffs. 

Buat masa ini, masih tidak pasti sama ada mereka akan kembali sertai VALORANT untuk masa akan datang. Kemungkinan juga mereka akan lebih fokus pada tajuk esukan lain seperti CS:GO dan FIFA.

EMEA LCQ akan menjadi pentas terakhir untuk pasukan-pasukan VALORANT bagi mendapatkan tempat untuk bersaing di kejohanan dunia, VALORANT Champions. EMEA LCQ akan berlangsung daripada 10 hingga 17 Oktober ini. 

Sumber: Dots Esports