DOTA 2: Sah! Loda Umum Persaraan Sebagai Pemain Profesional – Kini Jurulatih Alliance

By Hazril Md Nor | June 4, 2018

Jonathan “Loda” Berg, lagenda Dota 2 yang sering dikenali sebagai L-God kini mengumumkan persaraannya daripada Dota 2 selepas 12 tahun berada dalam arena kompetitif.

Loda adalah salah seorang ambassador untuk permainan itu, bermain sejak 2006 dan memenangi banyak pertanding dan mencetuskan legasi kepada generasi seterusnya. Loda memulakan kariernya bersama rakan baik Joakim “Akke” Akterhall dan bersama menubuhkan pasukan Dota 2 yang paling konsisten dan terkuat (pada eranya). Sebelum Alliance, Loda pernah bermain secara profesional sehingga China dan Singapura. Dia tak bertanding di International pertama (2011) tapi tahun seterusnya, dia bersama Team Zenith (Singapura) yang diketuai oleh Daryl Koh “iceiceice” Pei Xiang.

 

Pada hujung 2012, dia kembali ke Eropah dan menyertai No Tidehunter, pasukan yang ditakdirkan mencetuskan fenomena dalam arena Dota 2. Beberapa bulan sebelum TI 3, No Tidehunter bertukar menjadi pasukan dengan pemain Sweden dan dinamakan The Alliance, pemenang The International 2013.

 

“Alliance adalah satu impian, impian untuk meraih sesuatu yang mustahil dan perjalanannya ke arah itu. Perjalanan saya sebagai pemain kompetitif akhirnya berakhir dan saya rasa puas. Dalam hidup saya, masa untuk Dota 2 hanya pinjaman saja yang selebihnya memang dedicated untuk Dota. Saya tahu Aegis akan jadi milik saya tapi tak merancang apa akan jadi selepas itu. 

“Sekarang saya gembira dan berbangga kerana berjaya cipta satu lagi pengalaman baru bersama skuad ini. Lepas ketiadaan saya, mereka tak perlu lagi membandingkan prestasi mereka dengan prestasi lampau Alliance. Mereka adalah generasi baru pemain yang akan mencoretkan kisah mereka sendiri,”

Loda kembali meneruskan legasi Alliance dengan empat pemain muda baru yang dia meletakkan kepercayaan untuk mengembalikan kegemilangan Alliance.

 

“Saya akan sentiasa main Dota, dan menyertai kejohanan terbuka pada masa depan. Tapi saya takkan kembali sebagai pemain pro. Ini bukanlah kali terakhir saya bersama Alliance. Saya akan bersama dan mati bersama Alliance, itu yang saya percaya.

“Ia adalah pengalaman yang paling manis sekali,” – Jonathan “Loda” Berg

Dengan pengunduran Loda, Micke “miCKe” Nguyen akan berubah dari mid-lane kepada posisi carry dan Max “qojqva” Bröcker akan mengambil posisi dua.

Roster Alliance dari posisi 1 hingga 5:

– Michael “miCKe” Vu
– Maximilian “Qojqva” Broecker
– Samuel “Boxi” Svahn
– Tommy “Taiga” Le
– Aydin “iNSaNiA” Sarkohi
Jurulatih: Jonathan “Loda” Berg

Kelayakan terbuka The International 2018 akan bermula kurang dari dua minggu, pada 14 Jun ini dan di rantau Eropah, ada beberapa pasukan hebat akan bertanding, termasuk OG baharu.

Sumber: VPEsports