TI 10: Team Secret lebih cemerlang dari OG, menang 2-0

By Hazrul Md Nor | October 13, 2021

PERLAWANAN PERTAMA

Kedua-dua pasukan memberikan tekanan ke atas satu sama lain. OG berupaya mendapat kelebihan dengan kombo Ursa dan dibantu dengan IO. Mereka melakukan rotasi dengan relocate dan berjaya menumbangkan ramai ahli pasukan Team Secret.

Team Secret mula mendapatkan momentum mereka apabila Morphling berjaya mendapat Aghanim’s untuk digandingkan dengan Earthshaker. OG mula kehilangan gold lead pada minit ke-30. 

Pasukan Team Secret terus mengejar objektif dan mengawal pasukan OG untuk tidak bermain dengan begitu agresif. OG masih tidak dapat mencari kelemahan Team Secret dan mereka terus mengalami kekalahan di dalam perlawanan yang tercetus di dalam peta.

Pasukan OG berjaya mempertahankan base mereka yang dirempuh Team Secret pada minit ke-37. Walau bagaimanapun, mereka kehilangan 4 orang ahli dan Team Secret terus melakukan snowballing dan OG berjaya ditewaskan pada minit ke-40.

PERLAWANAN KEDUA

Roshan pertama berjaya didapatkan pasukan Team Secret selepas Zai berjaya menggunakan Reverse Polarity yang berjaya menangkap tiga ahli pasukan OG. Nisha terus melakukan follow up dengan Laser dan menumbangkan pasukan OG.

Pada minit ke-16, skor Team Secret mendahului OG dengan begitu jauh sebanyak 15 berbalas 2. OG tidak dapat membalas permainan agresif yang ditonjolkan Team Secret. Mereka terus diberikan tekananan dan pasukan OG diratakan pada minit ke-17.

Team Secret terlalu kuat dengan Ursa menjadi frontliner dan dibantu oleh Tinker yang memberikan Laser dan Rocket. OG akhirnya menyerah kalah pada minit ke-27. Pasukan Team Secret kini akan bertemu dengan IG di perlawanan seterusnya.