VALORANT Last Chance Qualifier NA dibelenggu seribu satu masalah

By syazwanbahri | October 14, 2021

Kejohanan VALORANT Last Chance Qualifier (LCQ) NA yang asalnya dirancang sebagai acara LAN ternyata menjadi acara dalam talian yang dihoskan di pelayan maya jauh. VALORANT LCQ bermula pada 12 Oktober baru-baru ini.

Untuk kejohanan ini, semua ahli pasukan dan kakitangan yang berkumpul berkumpul di LA untuk NA LCQ. Namun, acara LAN yang diumumkan akhirnya menjadi acara atas talian di mana semua pemain bermain di studio melalui pelayan dalam talian.

Sejak itu, pelbagai masalah yang muncul akibat perubahan saat akhir ini.

Masalah Lag

Cuba bayangkan, anda bermain dalam situasi 1v2, dan kemenangan pusingan ini akan menjamin pasukan anda mara ke peringkat seterusnya. Namun, kerana masalah pelayan yang di luar kawalan anda, anda tertewas. Mesti anda berasa berang!

Itulah yang terjadi dalam perlawanan Luminosity vs XSET di mana aproto cuba clutch menentang AYRIN dan zekken, namun gagal kerana isu-isu yang dinyatakan.

Cuba lihat sedutan di bawah.

Riot mengeluarkan kenyataan berkenaan keputusan mereka dalam memilih pelayan dalam talian berbanding LAN.

Isu COVID-19

Kejohanan Last Chance Qualifier asalnya patut bermula pada hari Rabu dengan perlawanan antara Rise dan FaZe pada petang itu. Beberapa pemain FaZe Clan diuji positif dan dipindahkan ke hotel untuk bertanding dari bilik mereka. Anggota pasukan lawan, Rise, mengadu mengenai pengaturan itu kerana FaZe Clan akan bermain dengan PC mewah mereka sementara Rise akan menggunakan PC yang kurang berkuasa di lokasi acara.

Riot kemudian memutuskan untuk menangguhkan perlawanan yang dijadualkan pada hari Khamis juga.

“Kami memutuskan untuk menangguhkan perlawanan hari Khamis kerana kami terus berusaha untuk melaksanakan penyelesaian yang akan memungkinkan LCQ untuk terus berjalan dengan aman dan tanpa menjejaskan integriti persaingan,” kata Riot dalam satu kenyataan .

“Kami akan mengemas kini komuniti apabila maklumat tambahan tersedia.” sambung Riot.

Nampaknya Last Chance Qualifier ini akan mengambil sedikit ruang dan masa untuk diselesaikan. Namun, kami yakin bahawa Riot Games mampu menangani isu ini dengan baik.