Jadi seekor hantu dalam Mobile Legends sempena Halloween

By syazwanbahri | October 14, 2021

Mobile Legends: Bang Bang memperkenalkan mod permainan Deathbattle bertema Halloween untuk dinikmati oleh pemain. Mod permainan baru dikenali sebagai Deathbattle Trickster’s Eve Special Edition dan akan menampilkan mekanik tambahan serta peta yang dibuat ulang agar sesuai dengan musim yang menyeramkan.

Mod permainan baru akan dilancarkan pada 16 Oktober dan akan berlangsung sehingga 30 Oktober. Edisi Khas Deathbattle Trickster’s Eve juga mempunyai beberapa trik seperti perayauan bebas sebagai hantu di sekitar peta sambil menunggu respawn dan kemampuan untuk berubah menjadi King of Tricksters setelah mendapat cukup tewasan dalam satu perlawanan.


Pemain akan memperoleh satu gula-gula untuk setiap skor ‘kill’ yang mereka dapat. Pemain akan kehilangan gula-gula ini apabila mereka mati. Selepas pemain memperoleh cukup gula-gula, mereka dapat berubah menjadi ‘King of Tricksters.’ Pemain yang berubah akan mendapat kepala labu dan sedikit bonus untuk statistik asas mereka.

Image

Namun, kekuatan ini adalah ada kelemahan juga. King of Tricksters harus berhati-hati kerana dapat dilihat oleh lawan dan tidak dapat bersembunyi. Ini bermakna mereka tidak dapat menyelinap membunuh musuh sehingga mereka mati dan kehilangan gelaran King of Tricksters.

Jadi Hantu

Pemain yang mati boleh berkeliaran bebas sebagai hantu yang tidak berbahaya sementara menunggu pemasa respawn mereka tamat.

Image

Ini sangat sesuai untuk mencari kawasan dan memberi sumbangan kepada pasukan sementara menunggu untuk dibangkitkan.

Dalam kata lain, pemain boleh menjadi ‘ward’ seperti dalam Dota 2.

Acara ini akan berlangsung pada 16 Oktober dan akan tamat pada 31 Oktober.