Pasukan T1 tersekat di Romania selepas TI10 habis, COVID-19 punca

By Mike Hayate | October 20, 2021

Beberapa pemain Filipina yang kini di Bucharest, Romania cuba untuk kembali ke negara asal tersekat di sana akibat sekatan penerbangan untuk memasuki negara mereka.

Sebelum pengakhiran TI10 pada 17 Oktober, Inter-Agency Task Force for the Management of Emerging Infectious Diseases (IATF-EID) yang juga badan berkanun memantau wabak di FIlipina sudah membuat beberapa sekatan baru untuk beberapa negara termasuk Romania.

Romania dimasuklan dalam senarai kawasan merah dan apa-apa perjalanan dari Romania ke Filipina akan disekat.

Tidak mengejutkan Romania dimasukkan ke dalam senarai merah akibat peningkatan COVID-19 yang membuat Valve dan PGL membatalkan penyertaan orang luar untuk melihat TI10 kecuali Finals.

Hanya satu cara sahaja iaitu semua pemain dan staf perlu terbang ke negara lain terdahulu dan menjalani 14 hari kuarantin dan kemudian baru boleh membuat penerbangan ke Filipina.

Eric Khor dari Fnatic dan beberapa individu lain kini memohon bantuan dari beberapa organisasi di Filipina untuk membantu menyelesaikan masalah ini.