Pemain CSGO di PGL Major akan disingkirkan jika positif COVID-19

By syazwanbahri | October 22, 2021

Kejohanan CSGO PGL Major Stockholm 2021 siap untuk bermula dari 26 Oktober dengan set perlawanan pertama yang sudah diumumkan oleh pihak penganjur. Namun, peraturan tertentu yang ditunjukkan dalam buku peraturan rasmi kejohanan membuat para pemain dan pasukan terkejut.

Menurut peraturan dan protokol keselamatan yang disenaraikan oleh PGL, ‘Pemain, jurulatih, dan pengurus yang menunjukkan gejala COVID-19 dan menunjukkan keputusan ujian positif mungkin tidak dapat terus bermain di kejohanan dan mungkin disingkirkan.’

Peraturan khusus ini membuat para pemain dan pasukan terbabit rasa gelisah. Menurut Dexerto, para pemain berpendapat bahawa mereka yang positif boleh dibuat untuk mengasingkan diri di bilik hotel masing-masing, sekurang-kurangnya untuk peringkat awal kejohanan jika tidak untuk pentas LAN akhir yang berlangsung di Avicii Arena.

Berdasarkan sedutan buku peraturan di atas, peraturan yang pertama sehingga ketiga nampak masuk akal dan diterima oleh kontinjen yang berada di Sweden tetapi peraturan yang menyebut bahawa hilang kelayakan itu ditentang oleh pemain CSGO yang bertanding di kejohanan itu.

“Kami tidak boleh membahayakan integriti kejohanan ini,” kata PGL. “Itulah sebabnya kami meminta setiap pasukan mempunyai pengganti jika satu pemain positif.

“Kami mahu kedudukan kami konsisten dan itulah sebabnya setiap pemain positif harus diganti oleh pemain simpanan,”

PGL Major Stockholm dijalankan kurang dari dua minggu selepas berakhirnya The International 10, yang dianjurkan bersama oleh Valve dan PGL di Bucharest. Acara ini diadakan tanpa penonton langsung kerana ‘kes berlanjutan’ di Romania.