TI10: Ini apa yang dikorbankan Team Spirit demi menjuarai TI10

By syazwanbahri | October 25, 2021

Team Spirit menggegarkan dunia dengan kemenangan The International 10 selepas dijatuhkan ke bracket bawah oleh Invictus Gaming. Team Spirit juga pasukan kuda hitam yang dianggap underdog oleh ramai peminat Dota 2. Kini pasukan itu dianggap legenda dalam sejarah Dota 2.

Team Spirit mendedahkan serba sedikit tentang pengorbanan mereka agar dapat menjulang Aegis of the Champions dalam satu sidang media yang boleh ditonton di bawah.

Ini serba sedikit yang diungkapkan pasukan itu sepanjang sidang media.

Silent

Airat ‘Silent’ Gaziev, jurulatih Team Spirit, menyatakan bahawa pusingan kelayakan adalah halangan terbesar mereka dalam perjalanan ke TI10.

“Disebabkan virus, kami dikurung bersama di tempat yang terhad dan kami tidak ada hal lain selain latihan, tidak ada gangguan dari permainan sama sekali. Kemudian kami pergi ke Major di Kyiv dan hampir tidak mempunyai seminggu untuk berehat sebelum kelayakan bermula dan sejujurnya, kami keletihan.” kata Silent.

“Kami terpaksa mencari kekuatan terakhir, baik fizikal dan moral untuk terus bermain dan itulah sebab kami tidak dapat mempamerkan aksi terbaik kami pada kelayakan, tetapi mujurlah kami berjaya mengatasi semua itu,” tambahnya.

Mira

Pemain posisi empat Team Spirit, Miroslaw ‘Mira’ Kolpakov menjelaskan bahawa kebanyakan masa mereka dihabiskan dalam kem latihan, yang bermakna mereka berada jauh dari rakan-rakan mereka.

Pemain itu menerangkan, “Saya rasa perkara yang paling jelas adalah kebanyakan dari kita harus menyerahkan kehidupan peribadi kita. Maksud saya, ini adalah hidup kami, kami menghabiskan sebahagian besar masa di bootcamp kami untuk bersiap sedia hadapi TI itu sendiri.”

Mira juga menerangkan bahawa mereka tidak mempunyai hobi kerana masa diluangkan berlatih. Selain itu, mereja juga kurang meluangkan masa bersama rakan-rakan. Tetapi yang paling mencabar adalah tidak ada teman wanita, menurutnya.

Collapse

Pemain bintang Team Spirit, iaitu Magomed “Collapse” Khalilov yang bermain di posisi ketiga menerangkan komitmen mereka kepada Dota 2.

“Ia memerlukan banyak masa dan usaha untuk menjadi terbaik dalam permainan ini. Saya rasa setiap dari kami bermain sekitar 15-20k jam, bermakna semua orang dalam pasukan melaburkan banyak masa, emosi dan usaha untuk sampai ke sini bagi mencapai sasaran yang sudah kami tetapkan untuk diri sendiri sebelum kami mula bermain,”

TORONTOTOKYO

Alexander ‘TORONTOTOKYO’ Khertek, pemain midlaner untuk Team Spirit berkata beliau kini tidak sabar untuk memenangi satu lagi TI di hadapan penonton secara langsung.

Hanya beberapa hari sebelum pengumuman penonton langsung harus dibatalkan, Valve menggunakan suara menggunakan speaker selama permainan berlangsung untuk mensimulasikan orang ramai. TORONTOTOKYO mengakui bahawa walaupun bunyi palsu adalah baik, orang ramai yang sebenar akan mencipta pengalaman yang berbeza.

Walaupun pemain Dota 2 sering bergurau tentang bersara selepas menjulang Aegis of the Champions, namun beliau percaya bahawa perjalanannya jauh lagi dan membandingkan pemain Dota 2 dan pemain bola sepak di UEFA Champions League di mana pemain bola sepak tidak akan bersara selepas menjuarai liga bola sepak itu.

Korb3n

Korb3n Reveals Spirit Is Ready To Play Any Hero In Match Against Team  Secret At The International 10, TI10 | Dota 2

Pengurus pasukan Team Spirit, Dmitry “Korb3n” Belov, membandingkan memenangi TI10 dengan memenangi UEFA Champions League.

“Saya rasa kemenangan di TI10 boleh dibandingkan dengan Kelab Bola Sepak Rusia yang memenangi UEFA Champions League. Satu-satunya perbezaan adalah jenis sukan, tetapi bercakap mengenai skala kejohanan ini, saya hanya boleh membandingkannya dengan UEFA Champions League,” katanya.

Buat masa ini, Team Spirit akan berehat sebelum menyertai apa-apa kejohanan pada waktu akan datang.