Black Ops 4 Akan Bawakan Lima Peta Popular Call Of Duty

By Hazril Md Nor | June 8, 2018

Call of Duty: Black Ops 4 dengar cerita nak bawa kembali lima peta yang diminati semua daripada permainan siri Black Ops sebelum ini, Treyarch melaporkan.

Siri The Black Ops Call of Duty dilancarkan pada 2010 dan sering menjadi bualan peminat kerana rekaan peta multi-pemain. Dengan tiga permainan dan hampir 50 peta, Treyarch bercadang untuk memperkenalkan kembali lima peta popular dalam siri itu termasuk: 

Jungle- Black Ops
Slums – Black Ops 2
Summit – Black Ops
Firing Range – Black Ops
Nuketown – yang dimasukkan ke dalam semua permainan Black Ops setakat ini.

Walaupun tak banyak informasi didedahkan, developers memberitahu mereka ingin mengembalikan keterujaan yang membuatkan permainan ini popular pada mulanya.

Kesemua lima peta ini akan sedia dimainkan pada hari pelancaran COD: Black Ops 4. Di E3 2018, pengunjung boleh mencuba empat peta baru untuk Black Ops 4.

Black Ops 4 akan dilancarkan pada 12 Oktober di PlayStation 4, PC dan Xbox One.

Sumber: Polygon