Genshin Impact sudah ada Championship – sekali dengan pick dan ban

By Mike Hayate | October 26, 2021

Baru-baru ini terdapat satu pertandingan yang dianjurkan oleh oleh pemain-pemain Genshin Impact di China yang pesertanya terdiri daripada beberapa pencipta kandungan Genshin terkenal dari negara berkenaan.

Perlawanan yang diadakan adalah Dua lawan Dua iaitu Team Aether berlawan Team Lumine.

Pertandingan yang dianjurkan adalah sangat menarik kerana memberi fokus kepada speedrunning Spiral Abyss dan setiap pemain akan menghabiskan satu chamber dan masa gabungan terbaik di antara dua pasukan itu akan dikira pemenang.

Jadi apa peraturan yang perlu dipatuhi?

Peraturan:

– Pemain perlu membuat speedrun Spiral Abyss Floor 12 dan masa gabungan paling pantas akan menjadi pemenang.

– Karakter terkini di dalam banner tidak boleh dikenakan ban dan boleh dipilih oleh kedua-dua pasukan.

– SEMUA karakter perlu memasuki fasa pick dan ban.

– Setiap pasukan tidak boleh mempunyai karakter yang sama.

Lebih menarik kerana fasa pick dan ban ini membuatkan banyak karakter lain dan komposisi yang jarang orang guna di Spiral Abyss akan muncul dan menjadikan perlawanan sangat menarik.

Untuk memastikan semua orang boleh menyertai pertandingan seperti ini terdapat beberapa limitasi diadakan untuk mengelakkan kelebihan Pay-2-Win.

– Karakter Lima Bintang tidak boleh melebihi Constelation 2

– Senjata Lima Bintang tidak boleh melebihi  Refinement 2

Sebelum memasuki perlawanan setiap karakter yang digunakan akan menunjukkan setiap maklumat, senjata dan artifak yang digunakan oleh mereka.

Perlawanan ini juga mempunyai pengulas yang akan membuat analisis mengenai cara bermain peserta dan nyata bukan cakap kosong kerana pasti anda akan mendapat beberapa tips seperti posisi, cara bermain dan timing untuk membuat rotasi yang penuh optimum.

Akhirnya perlawanan akan diumumkan selepas masa gabungan kedua-kedua pasukan sudah dicampur.

Siapa sangka Genshin Impact sebenarnya boleh mempunyai pertandingan dan format yang diadakan dari pemain-pemain dari China ini nyata sangat menarik.

Genshin Impact yang hanya permainan video dunia terbuka tidak mempunyai mod kompetitif dan hanya memberi fokus kepada PVE dan dungeon akhir permainan iaitu Spiral Abyss.