Kemaskini 6.66 bawakan mod Horde ke DOOM Eternal

By Taib Mohamed | October 27, 2021

Kemaskini terbaru DOOM Eternal sudah tersedia bermula hari ini untuk pemain dengan beberapa kandungan dan mod menarik.

Melalui kemaskini 6.66, ia membawakan pelbagai kandungan percuma antaranya mod permainan ala-arked, mod Horde, penambahbaikan pada BATTLEMODE 2.0, dua Master Level baru dan banyak lagi. 

Mod Horde adalah mod di mana pemain perlu bersaing untuk mendapatkan skor tertinggi di papan pendahulu bermusim.

Pemain akan diberikan kebolehan, naiktaraf senjata dan senjata Combat Shotgun serta perlu menumpaskan gelombang Demon untuk memperoleh senjata tambahan. 

Anda juga perlu menyelesaikan semua cabaran dan teka-teki untuk mendapatkan tujuh skin terbaru termasuk DOOM II Slayer dan Biker Slayer.

BATTLEMODE adalah mod kompetitif berbilang pemain 2v1 di mana dua pemain mengawal Demon menentang satu DOOM Slayer.

Dengan versi 2.0 ini, ia membawakan pengalaman yang sudah ditambah baik, selain membawakan Sistem Ranking berasaskan coretan bersama ganjaran dan matchmaking, papan pendahulu, arena baru dan demon baru yang boleh dimainkan. 

Kemaskini ini juga membawakan dua peringkat Master terbaru iaitu Mars Core dan The World Spear Master Level. Di sini, pemain perlu menentang gabungan demon yang akan memberikan pengalaman gaya kombat terbaru. 

Kemaskini 6.66 ini tersedia bermula hari ini untuk pemain di platform PC, Xbox One, Xbox Series X|S, PlayStation 4 dan PlayStation 5.