EA Mengumumkan Dua Permainan Indie – Unravel Two Dan Sea of Solitude

By Hazril Md Nor | June 9, 2018

Dalam persidangan E3 2018 baru-baru ini, EA mengumumkan dua permainan koperasi (co-op) yang dikatakan mendapat permintaan agak tinggi ketika ini selepas kejayaan A Way Out.

Pertamanya ialah Unravel 2. (Ia boleh didapati Origin pada beberapa ketika nanti pada hari ini). Permainan ini memperkenalkan pengalaman co-op yang boleh dimainkan bersama kawan ataupun berseorangan. Ia juga direka dengan elemen teka teki bagi dua Yarnys untuk menyelesaikannya jadi pemain boleh menukar antara dua karakter ini dalam mod single-player.

Sea of Solitude pula meneroka elemen yang membabitkan emosi lebih dark seperti kesedihan dan kesunyian. Korang boleh saksikan trailer di bawah. 

Permainan ini memperkenalkan watak perempuan Kay yang menderita kesunyian dan ia menjadikan dirinya sebagai raksasa. Dalam permainan ini juga dia menjumpai raksasa lain, mencari sebab apa berlaku kepada dirinya. Ia adalah berkenaan bagaimana dia menjadi raksasa dan belajar meneroka emosi dalam diri sendiri.