Kajian menunjukkan 62% gamer muda menerima gangguan dalam talian

By Mike Hayate | October 28, 2021

Tidak menghairankan gangguan dalam talian sangat berleluasa dalam permaian video online.

Malah, semua pemain permainan video tidak mengira umur tidak terlepas dari masalah seperti bahasa kesat, gangguan dan lain-lain.

Menurut Anti Defamation League (ADL), kajian menunjukkan lebih dari 60% pemain permainan video dalam talian menghadapi penganiayaan dalam talian.

Ini bermakna hampir 14 juta kanak-kanak berusia 13 sehingga 17 tahun mengalami hal ini dalam masa enam bulan sahaja.

Hate is No Game

Permainan video paling tinggi masalah gangguan dalam talian adalah VALORANT dengan 89%, Call of Duty 85%, DOTA 2 84%, Fortnite 81% dan CS:GO 80%, diikuti permainan video seperti PlayerUnknown’s Battleground (PUBG), Roblox, Grand Theft Auto Online, Apex Legends dan Among Us. 

Banyak pemain mendapat gangguan daripada chat yang ada di dalam.

Hal ini menunjukkan bahawa Riot Games yang cuba membuang All Chat mungkin tidak seteruk yang disangka?

Hate is No Game

Oleh itu, bagi mereka yang banyak bermain permainan video, adalah tidak mengejutkan gangguan seperti ini ada didalam komuniti dalam talian terutamanya semasa perintah ‘duduk di rumah’ sedang berkuatkuasa.

Malang sekali bagi sesetengah orang mengambil permainan video terlalu serius sehingga menggunakan permainan video sebagai platform untuk menganggu orang lain.

Rujukan: Anti Defamation League