MLBB: Cuba guna hero ini untuk bermain ranked

By Hazrul Md Nor | October 29, 2021

Aldous adalah salah satu hero fasa late game yang kerap kali muncul di MPL MY dan MPL ID musim kelapan tempoh hari. 

Selepas kemahiran pasifnya diubah oleh Moonton, hero ini makin kebal untuk menerima damage yang tinggi daripada musuh. Sebelum ini, pertahanan (shield) yang terbentuk akibat pasif Aldous adalah berdasarkan serangan basic sebanyak 500. 

Jika perlawanan dibawa ke fasa late game, Aldous akan menjadi sangat kebal dengan shield sebanyak 1500 mata jika ia sudah habis mengumpul stack.

Diletakkan di exp lane, mudah sahaja untuk Aldous mengumpul stack untuk kemahiran pertamanya iaitu Contract: Soul Steal. Boleh dikatakan hero ini mampu bersaing dengan hampir kesemua hero fighter yang ditempatkan di lane yang sama.

Selain itu, Aldous juga sangat sesuai digunakan saat waktu anda mencuba untuk push rank bersama rakan anda. Fokuskan tumpuan anda untuk mengumpul stack dan perhatikan minimap jika ada musuh yang bernyawa rendah di dalam peta.

Ambil peluang itu untuk melakukan rotasi dan kembali ke lane anda untuk mengumpul kembali stack. Jika anda sudah mencapai 500 stack, maka pada tahap itu stack anda sudah penuh dan tidak perlu risau tentang last hit minion untuk mendapatkan stack.

Aldous akan dapat menumbangkan kebanyakkan musuh dengan hanya dua serangan selepas tiba di fasa late game dan hero ini juga sangat kebal selepas kemahiran pasifnya dikeluarkan.

Pernahkah anda menggunakan Aldous di dalam ranked sebelum ini?