Bajet e-sukan RM20 juta tahun depan, hadiah kemenangan tak kena cukai pendapatan

By Mike Hayate | October 29, 2021

Tahun lepas RM15 juta diperuntukkan untuk e-sukan negara dari Bajet 2021.

Kali ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM20 juta seperti diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul pada pembentangan Bajet 2022 sebentar tadi.

Bagi mengiktiraf NothingToSay, xNova, Mushi dan Oli, wang hadiah kemenangan kejohanan e-sukan dikecualikan dari sebarang cukai pendapatan untuk atlet-atlet yang menempah nama di masa akan datang.

Pengecualian cukai ini hanya untuk e-sukan yang dibenarkan sahaja.

 

Bajet e-sukan untuk tahun hadapan meningkat sebanyak RM5 juta.

Moga perubahan besar akan berlaku untuk tahun hadapan nanti.