MPLI 2021: Perjalanan Orange Esports berakhir

By Hazrul Md Nor | November 2, 2021

Pasukan Malaysia, Orange Esports terpaksa melupakan hasrat mereka meneruskan perjalanan di Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI) 2021 apabila tewas lawan Alter Ego 1-2 sebentar tadi.

Bagaimanapun di perlawanan pertama, mereka berjaya mencipta kejutan di minit akhir. Saksikan sedutan di video di bawah:

https://www.instagram.com/p/CVw0q72Ml_b/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=loading

Di perlawanan kedua, nampaknya Orange Esports seperti tidak berapa sedar dengan kekuatan atau kemahiran mekanikal ditunjukkan oleh Celiboy.

Pemain muda dari Indonesia itu sememangnya hebat bermain Yi-Sun-Shin. 

Mereka tidak berjaya untuk menembusi pertahanan Alter Ego biarpun pada mulanya skuad Indonesia itu diasak berulang kali dan Celiboy mengalami kesukaran untuk farm.

Di perlawanan ketiga juga, meta diggie tidak berjaya memberikan kelebihan kepada Orange malah penggunaan Ling dari LinkEzaa juga kurang menyerlah.

Kami dari MyGameOn ingin ucapkan terima kasih kerana sudah buat yang terbaik untuk Malaysia.