Sistem matchmaking Wild Rift dikembalikan kepada asal

By Taib Mohamed | November 4, 2021

Berikutan aduan pemain mengenai matchmaking yang tidak ‘adil’ selepas tampalan kemaskini 2.5, pihak Riot mengembalikan sistem matchmaking asal

Hal ini berikutan pemain yang mengadu disebabkan pemain yang berada di rank rendah ditemukan dengan pemain yang mempunyai rank tinggi hanya disebabkan mereka menang secara berturut-turut.

Pihak pembangun menyatakan, bagi pemain di peringkat rendah, matchmaking baharu cukup efisyen buat mereka. Sistem matchmaking asal akan digunakan buat pemain yang sudah mencapai peringkat Gold dan tertinggi.

Namun, pihak pembangun juga menambah, pemain mungkin masih akan ditemukan dengan pemain dengan peringkat tinggi, terutamanya bagi lobi yang mempunyai waktu menunggu yang lama. 

Sumber: AFK Gaming.