TI10: Pemain Fnatic dari Filipina akhirnya pulang selepas terkandas hampir sebulan di Romania

By syazwanbahri | November 9, 2021

Berita baik bagi peminat Dota 2 kerana pemain Fnatic Filipina Djardel ‘DJ’ Mampusti dan Marc ‘Raven’ Fausto serta jurulatih, Pao Bago akhirnya berjaya pulang ke Filipina hampir sebulan selepas tamatnya The International 10 (TI10).

Pada 16 Oktober, Biro Imigresen Filipina menyenaraikan Romania sebagai negara dalam senarai merah dan menafikan kemasukan pelancong dari Romania. Pemain Dota 2 Filipina yang menghadiri TI10 mempunyai penerbangan pulang yang dijadualkan pada 18 dan 19 Oktober dan dinafikan pernerbangan lalu terkandas di negara Eropah itu.

Sekatan perjalanan ini menyebabkan ahli pasukan Dota 2 Filipina Fnatic bersama beberapa ahli pasukan T1, Carlo ‘Kuku’ Palad , Karl ‘Karl’ Jayme dan Abed ‘Abed’ Yusop dari Evil Geniuses, terkandas di Bucharest, Romania selepas TI10 berakhir.

Menurut sebuah kicauan dari pengarah pasukan Fnatic Eric ‘ReiNNNN’ Khor, DJ, Raven dan jurulatih Pao selamat tiba di Filipina pada 7 November, lewat 22 hari daripada yang dijangkakan.

Tiga ahli pasukan Filipina dari Fnatic adalah yang terakhir pulang ke tanah air selepas Kuku, Karl dan Abed pulang mendahului mereka.

Jurulatih pasukan, Pao juga melaporkan bahawa penganjur acara TI10 PGL dan Valve mengurus penginapan mereka ketika mereka cuba mengatur perjalanan untuk pulang ke rumah.