POCO M4 Pro 5G kini dilancarkan secara rasmi, harga bermula RM849

By Taib Mohamed | November 10, 2021

Peranti POCO cukup dikenali dengan peranti kelas pertengahan yang cukup berkuasa untuk hiburan. Kali ini, mereka tiba lagi dengan peranti kelas pertengahan terbaharu yang cukup berkuasa, POCO M4 Pro 5G.

POCO M4 Pro 5G dikuasakan dengan cip pemprosesan MediaTek Dimesity 810 yang menyokong sambungan 5G dengan teknologi storan pantas UFS 2.2 yang didatangkan dengan pilihan storan 4GB/64GB dan 6GB/128GB.

Peranti ini juga mempunyai paparan sebesar 6.6 inci FHD+ Dot Display dengan kadar segar semula 90Hz yang yang menyokong DynamicSwitch, dikuasakan dengan kapasiti bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W Pro yang didatangkan di dalam kotak. 

Sebagai peranti untuk golongan muda yang gemarkan hiburan, POCO M4 Pro 5G dilengkapkan dengan dua pembesar suara, motor sudut-X lelurus yang memberikan sentuhan haptik yang cukup responsif, pengimbas cap jari pada sisi peranti dan IR blaster.

Bagi keupayaan kamera, dilengkapkan dengan sensor kamera utama sebesar 50MP dengan f/1.8 dan kamera ultra lebar 8MP di samping kamera hadapannya sebesar 16MP.

Peranti ini tersedia di kedai atas talian rasmi POCO di Lazada dan Shopee bermula 11 November ini dengan tanda harga RM849 bagi varian 4GB/64GB dan RM999 bagi varian 6GB/128GB. Ia juga didatangkan dengan warna POCO Yellow, Power Black dan Cool Blue.

Bagi pelanggan di Shopee, bermula 11 November ini, pelanggan terawal yang membeli POCO M4 Pro 5G boleh mendapatakan peranti ini dengan harga RM749 bagi 4/64GB dan RM899 bagi 6/128GB. Tetapi promosi ini adalah dalam masa terhad dan sementara stok masih ada.