Genshin Impact V2.3 – karakter baru, senjata baru dan acara Baru

By Mike Hayate | November 13, 2021

MiHoYo mengumumkan kemaskini Genshin Impact V2.3 “Shadows Amidst Snowstorm” akan hadir pada 24 November ini.

Acara Baru

Acara baru ini akan diadakan di kawasan Dragonspine, satu kawasan pergunungan dengan salji yang tidak akan cair dengan cuaca ekstrim.

Anda akan bersama-sama Albedo dan Eula dalam penceritaan acara kali ini.

Tidak lupa hadiah menarik seperti Cinnabar Spindle yang menjadi pedang 4 Bintang baru percuma untuk semua orang.

Acara lain di Inazuma pula membolehkan anda akan membuat penyiasatan akan kehilangan haiwan-haiwan kecil dan seekor Anjing Pejuang misteri akan menyelamatkan haiwan-haiwan itu.

Karakter Baru

Arataki Itto – Hanamizaka Heroics

Karakter Lima Bintang elemen Geo (Tanah) baru dengan senjata Claymore.

Itto adalah seorang Oni (Raksasa) yang juga salah satu bangsa yang ada di Inazuma. Dia selalu dianggap sebagai gengster kampung tetapi disukai ramai.

Keupayaan Itto menggunakan Defense untuk membuat damage lebih tinggi. Sangat berbeza dengan karakter lain yang mengharapkan Attack untuk meningkatkan damage.

Ultimate Itto adalah menukarkan senjata yang sedia ada menjadi satu senjata club yang sangat besar.

Serangan Itto akan memberi fokus kepada serangan Charged Attack.

Gorou

Karakter Empat Bintang elemen Geo yang menggunakan Bow sebagai senjata. Gorou adalah Jeneral dalam pasukan askar di Watatsumi.

Serangan Gorou membuat AOE dan mengenakan Geo Damage serta memberikan buff Geo Damage Bonus di dalam AOE akan mendapat buff.

Ini bermakna lebih banyak karakter Geo di dalam party lebih banyak kelebihan pasukan akan dapat.

Ultimate Gorou akan mengeluarkan AOE yang mengikut karakter yang aktif. Ia akan meningkatkan Defense satu pasukan.

Kepulangan Karakter Lama

Albedo dan Eula akan datang serentak kali ini di dalam dua banner asing.

Tetapi, kedua-dua pity semasa summon adalah seiring jadi anda tidak akan rugi.

Boss Baru

Golden Wolflord

Golden Wolflord adalah lebih berbahaya dari anak buahnya Rifthoud dan Rifthound Whelp.

Mempunyai efek Corrosion yang akan mengurangkan HP seluruh anggota party anda tanpa mempedulikan perisai.

Bos ini juga mampu untuk memanggil Rifthoud Alpha untuk melindungi dirinya.

Senjata dan Artifak Baru

 

Senjata terbaru Lima Bintang adalah Redhorn Stonethresher yang bakal menjadi senjata milik Arataki Itto.

Dua artifak baru juga akan dikeluarkan iaitu Husk of Oppulent Dreams yang memberi fokus kepada Defense dan Ocean-Hued Clam yang memberi fokus utama untuk Healing.

Kemaskini Genshin Impact V2.3 ini akan hadir pada 24 November ini.