Orange Esports melepaskan kesemua pemain Mobile Legends mereka

By Hazrul Md Nor | November 15, 2021

Orange Esports mengejutkan para peminat permainan peranti mudah alih popular iaitu Mobile Legends, mereka membawa masuk lineup baru seperti LinkEzaa, Iris dan juga Valenz.

Mereka mendapat tempat ketiga di Liga Profesional Mobile Legends (MPL) musim kelapan, hanya tewas di tangan pasukan Todak di peringkat lower bracket final.

Walau bagaimanapun, pencapaian mereka bersama lineup pasukan Lunatix akan terhenti di sini. Mereka kini mengucapkan selamat tinggal kepada barisan pemain Lunatix.

https://www.instagram.com/p/CWSZjmxp7Yu/?utm_medium=copy_link

Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran Instagram rasmi mereka. Moga kesemua ahli pasukan Lunatix akan berjaya di luar sana.

Selamat maju jaya diucapkan kepada LinkEzaa, Valenz, Minn, Mann, Iris, Ahmad Jennie, Isonic, SitiNurSana dan juga Farhan Sora.