LinkEzaa sertai Pabz Esports MY sebagai jungler

By Hazrul Md Nor | November 15, 2021

LinkEzaa baru sahaja keluar dari pasukan Orange Esports bersama ahli-ahli pasukan beliau yang lain seperti Iris, Valenz dan Isonic.

Pemain muda ini sangat berbakat dan beliau berjaya membawa pasukan Orange Esports mendapat tempat ketiga di Liga Profesional Mobile Legends (MPL) musim kelapan.

Tidak berapa lama kemudian, LinkEzaa selamat menyertai pasukan barunya iaitu Pabz Esports MY yang berpusat di negara jiran Indonesia sebagai jungler.

LinkEzaa menyatakan bahawa beliau tidak mementingkan populariti, wang dan nama. Malah beliau ingin menimba pengalaman dan mempercayai pasukan baru ini mampu untuk merealisasikan impiannya itu.

Iris, Mann dan Isonic akan menyertai beliau di dalam pasukan baru ini dan juga pemain baru yang dikenali sebagai Jordan. Pabz Esports MY akan turut membawa masuk beberapa pemain mereka sendiri ke dalam pasukan itu.

Pihak kami ingin mengucapkan selamat maju jaya buat LinkEzaa dan rakan-rakannya. Semoga beliau akan terus diberikan kejayaan untuk bersaing di dalam arena e-sukan kompetitif Mobile Legends ini.

Foto: PABZ EsportsMY