MLBB: Anda pasti kagum dengan kemahiran hero ini sebagai Jungler

By Hazrul Md Nor | November 17, 2021

Posisi jungler adalah sangat penting di dalam permainan peranti mudah alih popular, Mobile Legends. Mereka memainkan peranan untuk mendapatkan buff dan turtle untuk melakukan rotasi membantu pasukan.

Menggunakan spell retribution, mereka mudah menumbangkan creep dan harus bermain di dalam jungle selama 5 minit di samping membantu pasukan untuk menghentikan pergerakan musuh.

Hero yang kita selalu lihat sebagai jungler adalah Yi Sun Shin, Ling, Hayabusa, Lancelot dan juga Granger. Namun begitu, tahukah anda bahawa Hanzo juga adalah salah satu jungler yang sangat kuat.

Hanzo mampu untuk mencuri buff dengan kemahiran Ninjutsu: Demon Feast di mana ia harus melakukan serangan sebanyak 5 kali ke atas musuh sebelum dapat menggunakan kemahiran ini.

Demon Feast akan dapat memakan creeps seterusnya menghadamkan ia di dalam perut Hanzo selamat beberapa saat dan Hanzo akan mendapat apa jua buff creeps yang ia makan.

Kemahiran kedua Hanzo iaitu Ninjutsu: Soul Reap mampu melancarkan kadar farming dan membersihkan minion di lane

Ultimate Hanzo iaitu Kinjutsu: Pinnacle Ninja adalah salah satu kemahiran yang paling unik di dalam Land of Dawn. Hanzo akan mengeluarkan satu roh jahat untuk menyerang musuh. Roh itu boleh dikawal akan tetapi badan Hanzo yang sebenar akan kaku untuk melakukan serangan itu.

Kemahiran ini sangat berguna untuk melakukan serangan hendap ke atas musuh, namun anda harus perhatikan badan sebenar anda dikhuatiri akan diserang oleh musuh. Oleh itu, kemahiran ini sangat sesuai digunakan ketika anda berada di dalam bush untuk mengelakkan daripada diserang.

Kekuatan Hanzo di dalam melakukan rotasi dan menumbangkan musuh sangat mengerikan dan dengan bantuan buff dari turtle, ia akan menjadi lebih kuat di dalam Land of Dawn.

Adakah anda sudah mencuba Hero ini dalam ranked? Jika belum, pastikan anda bermain mod practice terlebih dahulu bagi memahami mekanik Hero ini. Selamat mencuba!

Foto: Triolast, Deviantart