miHoYo mahu buka studio baru di Kanada untuk permainan video AAA baru di dunia paranormal

By Mike Hayate | November 18, 2021

Pembangun permainan video terkenal Genshin Impact dan Honkai Impact 3rd, MiHoYo kini mahu membuka satu studio baru di Montreal, Kanada.

Menurut Linkedin, MiHoYo menyatakan mereka ingin mencari 100 kakitangan baru dari pelbagai jenis posisi untuk membuat permainan video AAA dunia terbuka dalam genre shooter di dunia paranormal.

Berikutan kejayaan Genshin Impact, miHoYo kini banyak membuka studio baru di luar China berkemungkinan besar berpunca dari peraturan baru permainan video di China yang banyak memberi masalah kepada pembangun.

Ini adalah langkah menarik untuk peminat yang mana mereka boleh menikmati permainan akan datang dengan sentuhan unik dari miHoYo.