Keliru cara build Pharsa? Cuba cara RRQ Lemon

By Hazrul Md Nor | November 19, 2021

Bermain di peringkat ranked kadangkala sukar untuk mendominasi di dalam permainan. Ditambah lagi jika build hero yang kita guna tidak berkesan.

Selain itu, posisi mage sebagai midlaner juga memainkan peranan yang sangat penting bagi melakukan rotasi ke arah gold lane dan exp lane untuk menumbangkan musuh.

Pharsa antara mage yang kerap kali digunakan di dalam meta terkini di mana kekuatannya untuk memberikan burst damage menggunakan Feathered Air Strike tidak perlu disangkal lagi. Kehadiran Pharsa di dalam peta pasti memberikan mimpi buruk kepada musuh.

Berikut adalah build hero ini oleh RRQ Lemon, kemahiran mekanikal yang dimiliki pemain ini dalam menggunakan hero mage amat disegani di dalam arena kompetitif Mobile Legends.

  • Arcane Boots
  • Clock of Destiny
  • Lightning Truncheon 
  • Holy Crystal
  • Genius Wand
  • Blood Wings/Winter Truncheon

Arcane Boots adalah salah satu barang yang sangat penting di minit awal permainan. Ia menambahkan kelajuan pergerakan serta magic penetration untuk menambahkan kekuatan kemahiran Pharsa. 

Manakala, Clock of Destiny menjadi pilihan barang yang kedua untuk menambahkan nyawa dan mana supaya Pharsa akan kekal lebih lama di lane di samping menambahkan 5% magic power dan 300 mana apabila stack sudah penuh.

Seterusnya, barang core yang sangat penting untuk setiap mage iaitu Lightning Truncheon. Barang ini menambahkan lagi kekuatan Pharsa untuk memberikan burst damage dengan Feathered Air Strike.

Holy Crystal dan Genius Wand juga memberikan Pharsa burst damage kepada musuh dan apabila barang ini sudah siap. Pharsa mampu menumbangkan musuh dengan hanya 2 kali feathered air strike jika mereka tidak membeli Athena’s Shield.

Akhir sekali, Blood Wings atau Winter Truncheon untuk survivability Pharsa di peringkat late game. Winter Truncheon sangat berguna ketika digunakan di dalam waktu yang sangat genting.

Adakah anda sudah cuba menggunakan item ini menggunakan Pharsa? Jika belum, selamat mencuba!

Sumber rujukan: ONE Esports

Foto: makinig, Deviantart